KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac lepas, berjaya memperlihatkan agenda untuk memperkasakan ekonomi bumiputera tanpa meminggirkan kumpulan etnik lain di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata KEB 2024 melibatkan keterangkuman pelbagai pihak bagi kepentingan ekonomi negara, apabila melibatkan bukan hanya dewan perniagaan mewakili kaum Melayu dan Islam serta bumiputera lain seperti Kadazandusun, Dayak dan Iban tetapi juga dewan perniagaan Cina dan India selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan ekonomi.
"Tiada agenda meminggirkan bantuan kepada kumpulan etnik lain di negara ini. Tidak ada agenda untuk tidak laksanakan pembangunan, pertumbuhan ekonomi yang lebih (menyeluruh) melalui penglibatan semua kumpulan bumiputera selain menyantuni keperluan kaum lain di negara ini," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Bangunan Parlimen di sini.
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian oleh kerajaan, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberikan pelbagai bantuan termasuk bagi menjalankan perniagaan.
Mengenai tindakan kerajaan selepas KEB 2024, Timbalan Perdana Menteri berkata pada minggu ini, beliau akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi 82 resolusi KEB 2024 sebagai tindakan susulan bagi pelaksanaan resolusi-resolusi berkenaan.
"Kita akan tubuhkan sekretariat tetap kombinasi antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Ekonomi yang mempunyai Unit Perancang Ekonomi (EPU).
"Punca kuasanya adalah Majlis Ekonomi Bumiputera dengan Perdana Menteri adalah pengerusinya dan saya sebagai Timbalan Pengerusi. 82 resolusi itu melibatkan 10 kluster meliputi pelbagai bidang dan mungkin ada beberapa bidang tidak dicakupi yang kita akan rancang melalui MEB dan terus santuni beberapa isu belum dimasukkan (dalam resolusi KEB 2024)," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KEB 2024 merupakan kongres ekonomi bumiputera kali ketiga dianjurkan oleh kerajaan dengan yang pertama adalah pada 1965 dan kedua pada 1968.
"Selepas itu banyak lagi kongres anjuran NGO dan beberapa pihak tetapi ia bukan sebagai keputusan kerajaan. Ia lebih kepada cadangan pada kerajaan," katanya.
Katanya Perdana Menteri telah meminta beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu kepada MEB supaya pelaksanannya melibatkan pelbagai kementerian dan agensi terlibat yang melaksanakan resolusi KEB 2024.
"Terdapat tiga jawatankuasa bagi KEB 2024 iaitu Jawatankuasa Induk yang berkaitan dasar, Jawatankuasa Pemandu pula berkaitan dasar-dasar untuk pelaksanaan. Jawatankuasa ketiga adalah Jawatankuasa Kerja, dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang akan melihat kepada perbelanjaan perlu dikeluarkan dan jeda waktu pelaksanaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Ahmad Zahid (empat, kiri) hadir pada majlis pelancaran Laporan Sesi Libat Urus KEB 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada penutup kongres itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 2 Mac 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.