awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di awal pagi 1 Syawal, lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang

Petrus Bernard
Petrus Bernard
13/05/2021
12:45 MYT
Kebakaran di awal pagi 1 Syawal, lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran itu menyebabkan tiga buah rumah separuh kekal telah musnah 100 peratus. - Gambar JBPM
TAWAU: Tiga buah rumah di Kampung Batu 6, Jalan Apas, di sini musnah dalam kebakaran menyebabkan 35 orang termasuk dua bayi berumur satu dan sembilan bulan tinggal sehelai sepinggang.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 3.28 pagi 1 Syawal.
Sehubungan itu, 13 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Suheizan Sahak dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 15 kilometer dengan dua buah jentera FRT dan sebuah jentera kecemasan EMRS
"Apabila tiba di lokasi kejadian, didapati tiga buah rumah separuh kekal telah musnah 100 peratus dan pihak bomba dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak pada jam 3.50 pagi. Operasi pemadaman tamat sepenuhya pada jam 6.34 pagi,” kata jurucakap PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kebakaran itu turut menyebabkan seorang mangsa perempuan melecur di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Tawau untuk dirawat.
Kesemua mangsa yang terdiri dari lapan keluarga kini menumpang di rumah saudara masing masing manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#sehelai sepinggang
#Kampung Batu 6
#Jalan Apas
#Tawau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan