awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di Chatuchak: Pembinaan semula ambil masa dua bulan

Bernama
Bernama
03/06/2019
09:42 MYT
Kebakaran di Chatuchak: Pembinaan semula ambil masa dua bulan
Kira-kira 110 gerai terjejas dalam kebakaran itu yang berlaku sejurus selepas 9 malam (waktu tempatan) malam tadi, dipercayai akibat litar pintas dan beban elektrik berlebihan.
Pihak berkuasa Thai akan membina semula sebahagian daripada Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang terbakar malam tadi membabitkan kerugian dianggarkan sebanyak 6.6 juta Baht.
Gabenor Bangkok Pol Gen Aswin Kwanmuang, yang melawat tapak kebakaran itu hari ini, berkata kira-kira 110 gerai terjejas dalam kebakaran itu yang berlaku sejurus selepas 9 malam (waktu tempatan) malam tadi, dipercayai akibat litar pintas dan beban elektrik berlebihan.
Beliau berkata Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan membina semula kawasan yang terjejas seluas kira-kira 1,000 meter persegi, yang dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan.
"BMA akan menyalurkan ganti rugi berjumlah 10,000 Baht kepada mereka yang terjejas," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di pasar itu.
Beliau berkata BMA juga akan menyediakan khemah sementara bagi pemilik gerai yang terjejas.
Media tempatan melaporkan kebakaran itu dipercayai bermula di sebuah gerai yang menjual produk seramik, kayu dan sutera, di Seksyen 25 pasar hujung minggu itu.
Tiada kecederaan dilaporkan. Semasa kebakaran berlaku, kebanyakan gerai ditutup dan hanya terdapat beberapa penjual serta pelancong di pasar berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok berkata punca kebakaran masih disiasat.
Menurutnya sejumlah 20 jentera digegaskan di lokasi dan api berjaya dikawal kira-kira satu setengah jam kemudian.
Pasar Hujung Minggu Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan lebih 15,000 gerai.
Dikenali juga sebagai Pasar JJ, pasar hujung minggu itu merupakan satu daripada destinasi pelancongan paling popular di Bangkok.
Gerai yang ditempatkan di lorong yang sempit dan sesak, menjual pakaian, buku, keperluan rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barangan antik serta tumbuh-tumbuhan.
Lebih 200,000 orang mengunjungi pasar itu setiap Sabtu dan Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#6 6 juta Baht
#bakal di bina semula
#Bangkok
#Chatuchak
#Gabenor Bangkok Pol Gen Aswin Kwanmuang
#kebakaran pasar hujung minggu
#kerugian
#pelancongan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan