awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di Hawaii: Biden arah semua aset persekutuan dihantar bantu respons kecemasan

Bernama
Bernama
10/08/2023
04:02 MYT
Kebakaran di Hawaii: Biden arah semua aset persekutuan dihantar bantu respons kecemasan
Kebakaran hutan turut memusnahkan Dewan Gereja Waiola yang bersejarah dan Misi Lahaina Hongwanji yang terletak di Jalan Wainee, Lahaina, Hawaii, 8 Ogos 2023. (Foto AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah mengarahkan semua aset persekutuan dihantar ke Hawaii bagi membantu mengawal bencana kebakaran yang semakin merebak di negeri itu, lapor Sputnik.
Kebakaran hutan yang dicetuskan Taufan Dora itu telah menyebabkan banyak kerosakan dan ribuan penduduk di Pulau Maui terpaksa dipindahkan.
"Saya telah mengarahkan semua aset persekutuan yang ada di pulau itu digunakan untuk membantu respons kecemasan," kata Biden dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Beliau berkata Pengawal Kebangsaan Hawaii telah menggerakkan helikopter Chinook untuk menyertai misi mencari dan menyelamat di Maui.
Pengawal Pantai dan Tentera Laut AS turut dikerahkan, manakala Marin AS menghantar helikopter Black Hawk, katanya.
Selain itu, Biden berkata Jabatan Pengangkutan AS sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan komersial untuk memindahkan pelancong dari Maui.
Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen, memberitahu pemberita pada Rabu, sekurang-kurangnya enam orang disahkan maut akibat kebakaran itu.
Gabenor Hawaii telah mengisytiharkan darurat untuk menghalang pelancong pergi ke Maui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Joe Biden
#Hawaii
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan