awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Airbnb setuju tawar 78 rumah sementara kepada mangsa - Amirudin

Bernama
Bernama
05/04/2025
14:03 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Airbnb setuju tawar 78 rumah sementara kepada mangsa - Amirudin
Amirudin berkata ia sebagai tambahan kepada 100 rumah penempatan sementara yang ditawarkan oleh LPHS yang telah dipersetujui sebelum ini. - Bernama
SHAH ALAM: Airbnb bersetuju menawarkan 78 rumah sebagai penempatan sementara untuk tempoh dua bulan bagi mangsa yang terkesan dalam insiden kebakaran dan letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ia sebagai tambahan kepada 100 rumah penempatan sementara yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Bagi rumah LPHS di bawah skim SMART Sewa Selangor ini, kita akan berikan sewaan secara percuma dengan perbelanjaannya akan ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
Semalam, Amirudin berkata 100 rumah LPHS itu melibatkan lokasi di Kota Warisan, Sepang manakala sebahagian lagi akan diumumkan kelak.
Amirudin turut memaklumkan bermula esok, kerja-kerja pengalihan aliran air dari Taman Putra Harmoni akan dilakukan kerana aliran air sedia ada mengalir terus ke tapak letupan menyebabkan air bertakung walaupun usaha untuk mengepam air dari kawasan kejadian telah dilakukan oleh pasukan penyiasat.
Beliau berkata pelaksanaan kerja itu penting untuk menstabilkan struktur tanah di kawasan terbabit sebelum langkah susulan dapat diambil dan ia adalah sebahagian daripada langkah melengkapkan proses siasatan.
"Jadi kalau ada apa-apa aktiviti esok, jangan terperanjat sebab ia memang telah dibincangkan dan diperlukan. Kalau tidak, di kawah itu air akan tetap bertakung kerana kerana kawasan itu menjadi tempat pelepasan longkang monsun dari Taman Putra Permai," katanya.
Kejadian kebakaran dan letupan pada 8.10 pagi Selasa lepas, memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya selain turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21x24 meter di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Airbnb
#penempatan sementara
#mangsa
#kebakaran gas
#Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan