awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas

Bernama
Bernama
04/04/2025
05:45 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas
Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) komited memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata pihaknya sentiasa membantu pelanggan terjejas dalam sebarang bencana dengan menawarkan bantuan bersesuaian keperluan mereka.
"Pelanggan terjejas dalam insiden kebakaran itu dan memerlukan bantuan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1- 300-88-7650 atau emel [email protected]," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Khairil Anuar berkata CBP menzahirkan simpati kepada mangsa terlibat insiden itu semasa masyarakat masih meraikan Aidilfitri.
Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.
Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Co-opbank Pertama
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan