awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: JPN selesai 312 urusan penggantian dokumen setakat ini

Bernama
Bernama
05/04/2025
08:18 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: JPN selesai 312 urusan penggantian dokumen setakat ini
Bagi dokumen yang memerlukan proses lanjut seperti MyKid dan sijil perkahwinan, ia akan diselesaikan kemudian sebelum diserahkan kepada mangsa yang terlibat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 312 urusan penggantian dokumen mangsa insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya berjaya diselesaikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, setakat ini.
Pengarah JPN Selangor Muhammad Hafiz Abdul Rahim berkata ia meliputi urusan penggantian kad pengenalan, sijil lahir, sijil perkahwinan dan dokumen lain yang musnah akibat insiden tersebut.
"Bantuan (penggantian dokumen) ini penting, kerana ramai mangsa perlu dokumen yang sah untuk urusan bank, tuntutan insurans, zakat dan pendaftaran bantuan bencana," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini hari ini.
Bagi dokumen yang memerlukan proses lanjut seperti MyKid dan sijil perkahwinan, beliau berkata ia akan diselesaikan kemudian sebelum diserahkan kepada mangsa yang terlibat.
"Permohonan cabutan sijil lahir kami proses dan serahkan secara terus, malah ada juga mangsa yang mohon cabutan sijil anak angkat dan sijil perkahwinan dan semua ini disediakan secara percuma," katanya.
Muhammad Hafiz berkata JPN turut bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memastikan mangsa insiden berkenaan menerima bantuan yang sepatutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Negara
#JPN
#penggantian dokumen
#kebakaran gas
#Putra Heights
#mangsa terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan