awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Tahap kesihatan mangsa di ICU semakin baik - Dzulkefly

Bernama
Bernama
13/04/2025
04:45 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Tahap kesihatan mangsa di ICU semakin baik - Dzulkefly
Menurut Dzulkefly, berdasarkan pemantauan, mangsa yang masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu menunjukkan perkembangan baik. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Tahap kesihatan seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta semakin baik.

Ringkasan AI
  • Seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang dirawat di ICU semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan walaupun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
  • Sebanyak 30 mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta, dengan 17 di hospital swasta, 13 di hospital kerajaan, dan satu kes di ICU hospital swasta.
  • Kebakaran saluran paip gas Petronas pada 1 April menyebabkan 81 rumah musnah sepenuhnya dan 81 rumah separa musnah, dengan api mencapai suhu 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan pemantauan petugas perubatan, lelaki berusia 21 tahun yang masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu menunjukkan perkembangan baik.
"Saya mendapat laporan bahawa keadaannya semakin baik. Kita doakan (kesihatannya), dia adalah seorang lelaki berusia 21 tahun.
"(Dia) diintubasi tetapi semakin baik, sekarang (dia) masih menggunakan 'inotropes' tetapi keadaannya agak lebih baik...masih memerlukan sokongan dan sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WOPAD) sempena inisiaitif Hari Tanpa Kereta Putrajaya di sini hari ini.
Mengenai status mangsa yang dirawat di fasiliti kesihatan, Dzulkefly berkata 30 mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta setakat semalam.
"Saya perhatikan ada 17 yang masih dirawat di wad hospital swasta manakala 13 di hospital Kementerian Kesihatan manakala satu kes ICU di hospital swasta," katanya.
Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lepas, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata laporan penuh berhubung insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dijangka diperoleh pada pertengahan Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#ICU
#Dzulkefly Ahmad
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan