KUANTAN: Kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan tiga lokasi di negeri Pahang sejak akhir Mac semakin pulih, dengan operasi pemadaman kini ditumpukan di kawasan Rompin, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran hutan kawasan Jabatan Pertanian Inderapura yang melibatkan keluasan kira-kira 320 hektar hutan tanah gambut, ditamatkan sepenuhnya pada Selasa setelah lebih 10 hari kerja pemadaman dilakukan.
Sementara kebakaran hutan tanah gambut di Gebeng seluas 110.5 hektar, Wan Mohammad Zaidi berkata juga semakin pulih apabila 99 peratus kebakaran berjaya dipadamkan, dan jangkaan operasi pemadaman di kawasan tersebut akan ditamatkan hari ini sekiranya tiada kebakaran baharu berlaku.
"Manakala di Rompin pula melalui tinjauan udara yang dibuat mendapati masih lagi ada kebakaran, tetapi tidaklah besar seperti sebelum ini dan kita akan menggunakan kaedah bom air dan direct attack di kawasan itu hari ini," katanya kepada media hari ini.
Wan Mohammad Zaidi berkata hujan di daerah Kuantan dan Rompin sejak Selasa juga turut membantu anggota bomba dan penyelamat, yang telah bertungkus-lumus sejak beberapa minggu lalu memadamkan kebakaran hutan gambut, belukar dan ladang di tiga lokasi berkenaan.
Terdahulu Bernama dan TV3 berkesempatan melakukan tinjauan udara bersama Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang Ismail Abdul Ghani, menaiki helikopter MI17 di kawasan hutan terbakar Inderapura dan Gebeng.
Dua buah helikopter telah dibekalkan Bahagian Udara Ibu Pejabat JBPM susulan lawatan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyarankan penggunaan helikopter bagi operasi bom air di kawasan yang tidak mempunyai akses mengawal kebakaran daripada merebak.
Baginda bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke pos kawalan Bomba Inderapura Jaya pada Isnin, untuk meninjau dan mendengar sembah taklimat berhubung kebakaran hutan di negeri ini.
Operasi pemantauan dan pemadaman menggunakan helikopter jenis MI17 yang diketuai Penolong Penguasa Bomba JBPM Amir Fitri Salim, digunakan sejak Rabu untuk memadam kebakaran di Gebeng sementara helikopter jenis Agusta digunakan di Rompin, yang diketuai oleh Khirulnizam Jamaludin.
Wan Mohammad Zaidi berkata walaupun dalam suasana Aidilfitri, JBPM terus komited memantau secara berkala situasi kebakaran yang berlaku, berikutan cuaca panas yang dijangka berpanjangan.
"Tiada istilah cuti ketika perayaan Aidilfitri ini buat JBPM, namun kita mengharapkan kerjasama masyarakat untuk tidak melakukan sesuatu yang berisiko, sehingga mengakibatkan berlakunya kebakaran khususnya ketika negara masih lagi dalam fenomena El Nino, yang mudah terdedah kepada kebakaran hutan.
"Musim tidak menentu sebab sekarang masih lagi Monsun Barat Daya iaitu dalam keadaan El Nino...kita akan alami musim panas panjang lagi.
"Justeru, masyarakat sebaiknya memainkan peranan dan sekiranya melakukan kebakaran untuk berkebun, pastikan ia dalam kawalan dan dipadam dengan betul," katanya.
Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai yang melakukan aktivti memancing atau berburu, agar memadamkan putung rokok atau unggun api dengan betul, bagi memastikan tidak ada bara api kerana bahan kering seperti rumput dan daun mudah terbakar tanpa kawalan.
Wan Mohammad Zaidi berkata sepanjang Jan hingga kini, sebanyak 712 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang, membabitkan hutan sebanyak 42 kes, sampah (28), kebun/ladang (7) dan paling tinggi ialah belukar/lalang iaitu 635 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Operasi memadam kebakaran hutan kawasan Jabatan Pertanian Inderapura yang melibatkan keluasan kira-kira 320 hektar hutan tanah gambut, ditamatkan sepenuhnya pada Selasa. - Gambar/ Bernama
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran hutan di Pahang semakin pulih
Kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan tiga lokasi di negeri Pahang sejak akhir Mac semakin pulih.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.
Kebakaran hutan di Bukit Broga berjaya dikawal sepenuhnya
Api berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 2.30 pagi dan operasi dihentikan pada jam 3.30 pagi tadi.
Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah
Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran di Sabah bulan ini.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Ibu dukung anak OKU elak rentung
Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika Asmiza Mustapha, 48, melakukan persiapan untuk membuka operasi menjual nasi berlauk bersama suaminya, Mohamad Jaafar, 53.