awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan gambut berhampiran Lebuh Raya Elite terkawal - Bomba

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/03/2016
11:15 MYT
Kebakaran hutan gambut berhampiran Lebuh Raya Elite terkawal - Bomba
Gambar yang diambil pada 4 Mac lalu ini menyaksikan kawasan tanah gambut yang terbakar dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk aktiviti pertanian . - Foto Bernama
Kebakaran hutan berdekatan Lebuh Raya Elite sejak minggu lepas masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya sehingga hari ini namun ia ia kini berjaya dikawal daripada merebak.
Ketua Zon Selatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Abu Bakar Abdul Kadir berkata ia tidak dapat dipadamkan sepenuhnya berikutan proses pemadaman bergantung kepada faktor cuaca dan angin.
"Oleh sebab kebakaran ini turut melibatkan api di bawah tanah, proses serta tempoh pemadaman api juga berbeza.
"Namun, pada hari ketujuh ini, pihak kami sudah dapat mengawal api serta mengelakkannya daripada merebak," kata beliau.
Menurut Abu Bakar, perkara tersebut dapat dicapai melalui kaedah penggalian 'fire break' atau penghadang api di sekitar kawasan kebakaran untuk mengelakkan api daripada merebak.
"Anggota kami terus komited dalam memastikan api di kawasan ini dapat dipadamkan sepenuhnya," kata Abu Bakar.
Ketika tinjauan krew Astro AWANI pagi tadi, terdapat 68 anggota ditugaskan bagi proses pemadaman api di kawasan tersebut.
"Kami meningkatkan jumlah anggota dari hari ke hari untuk memastikan keadaan ini dapat dikawal," jelas Abu Bakar.
Sehingga kini lebih 10 ekar kawasan hutan yang rata-ratanya terdiri daripada tanah gambut musnah terbakar.
"Pihak kami masih berusaha untuk memadamkan apa di baki dua ekar kawasan yang terjejas akibat kebakaran," kata Abu Bakar.
Siasatan awal mendapati kawasan tersebut dibakar dipercayai untuk tujuan pertanian.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#JPBM
#kebakaran
#Lebuh Raya Elite
#tanah gambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan