SHAH ALAM: Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi, dan api berjaya dipadam dengan bantuan dari Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Katanya kebakaran kontena di kapal KMTC Shenzhen itu berlaku di kawasan kira-kira enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong, dan ia berjaya dikawal pada pukul 3.30 pagi.
"Pada 7.20 pagi, pemerhatian dilakukan pada dua buah kontena yang didapati masih berasap dan satu kontena resin mengalami kebocoran.
"Tindakan pemadaman dilakukan secara direct attack pada dua kontena yang masih berasap, dan menampal kontena resin yang bocor itu," katanya dan menambah tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Kebakaran yang melibatkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang, awal pagi tadi. - Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Operasi padam kebakaran kontena masih diteruskan
JBPM Selangor juga menghantar 10 pegawai dan anggota dari Unit Hazmat bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.