KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik yang terganggu susulan kebakaran yang berlaku di Pencawang Masuk Utama (PMU) di pusat beli-belah Mid Valley Mega Mall hari ini berjaya dipulihkan sepenuhnya sekitar pukul 12:30 tengah hari, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ketua Pegawai Grid, Ir. Dev Anandan dalam kenyataan berkata pemeriksaan TNB mendapati PMU itu terpelantik pada pukul 10:27 pagi dan bekalan terputus mulai pukul 10:51 pagi.
"TNB berjaya memulihkan bekalan kepada sebahagian besar pengguna seawal empat minit gangguan berlaku pada kejadian kebakaran PMU Mid Valley pagi ini. Tindakan pantas pasukan teknikal TNB telah dapat memulihkan bekalan elektrik seawal pukul 10:55 pagi," katanya.
Beliau berkata gangguan bekalan itu melibatkan kawasan terhad sekitar Mid Valley serta sebahagian Desa Pantai, dan bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat dengan majoriti kawasan terlibat mendapat bekalan masing-masing dalam tempoh satu setengah jam.
Menurutnya sistem pengangkutan di KL Sentral tidak terjejas kerana mendapat punca bekalan yang berbeza.
"TNB mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) atas bantuan memadamkan kebakaran. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna terlibat." katanya.
Dev Anandan berkata untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline dengan menelefon 15454.
Beberapa rakaman video mengenai kebakaran di PMU di Mid Valley Megamall yang menampakkan kepulan asap hitam tebal menjadi tular di media sosial hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Pemeriksaan TNB mendapati PMU itu terpelantik pada pukul 10:27 pagi dan bekalan terputus mulai pukul 10:51 pagi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.
Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Setakat jam 6 pagi, lebih 10,000 rumah dan perniagaan masih mengalami gangguan bekalan elektrik, kebanyakannya di Adelaide.
Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu alami gangguan bekalan elektrik
Beberapa kawasan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.
Kampung, taman perumahan di Labuan terputus bekalan air akibat gangguan elektrik
Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan taman perumahan di Labuan terjejas teruk akibat terputus bekalan air sejak Isnin lepas setelah pam air utama rosak susulan gangguan bekalan elektrik.
CAAM sahkan gangguan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
CAAM mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang.
Siklon Gabrielle landa New Zealand, 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik
Gangguan bekalan elektrik dijangka berterusan sehingga Isnin, berikutan keadaan cuaca bertambah buruk.
Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.
Banjir Terengganu: TNB nafi gangguan elektrik di seluruh negeri
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan laporan yang tular di media sosial hari ini berkenaan kemungkinan gangguan bekalan elektrik di seluruh Terengganu pada petang ini.
Gangguan elektrik di AS disiasat sebagai 'perbuatan jenayah'
Beberapa kawasan di Moore County, Carolina Utara mula mengalami gangguan bekalan elektrik selepas 7 malam waktu tempatan pada Sabtu.