awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Kerajaan Selangor aktifkan PPS di Masjid Putra Heights

Bernama
Bernama
01/04/2025
04:35 MYT
Kebakaran paip gas: Kerajaan Selangor aktifkan PPS di Masjid Putra Heights
Unit Pengurusan Bencana Daerah telah mengaktifkan PPS di Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terlibat sementara waktu sehingga keadaan pulih dan terkawal, kata Menteri Besar Amirudin. - Gambar fail Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height pagi tadi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di laman X memaklumkan, PPS itu dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas dengan insiden kebakaran berkenaan.
"Pihak bomba sedang dalam proses mengawal kebakaran dan telah mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan sekitar.
"Unit Pengurusan Bencana Daerah telah mengaktifkan PPS di Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terlibat sementara waktu sehingga keadaan pulih dan terkawal," katanya.
Sementara itu Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam kenyataan memaklumkan, terdapat beberapa rumah di Kampung Kuala Sungai Baru turut terbakar susulan insiden berkenaan, namun jumlahnya masih belum dikenal pasti.
"Ada juga mangsa yang terperangkap di dalam rumah itu dan usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan. Sementara itu mangsa yang telah diselamatkan dibawa ke PPS berkenaan dan terdapat beberapa mangsa yang melecur serta menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan. Buat masa ini, pihak masjid sedang membantu mangsa," katanya.
Terdahulu media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Masjid Putra Heights
#Pusat Pemindahan Sementara
#Kerajaan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan