awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAB kemuka 34 usul perkasa komuniti cacat penglihatan
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Polis tutup sementara laluan di Jalan Harmoni, Putra Heights

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
01/04/2025
03:10 MYT
Kebakaran paip gas: Polis tutup sementara laluan di Jalan Harmoni, Putra Heights
Anggota polis trafik mengawal lalu lintas Jalan Harmoni, Putra Heights susulan kebakaran paip gas di sebuah stesen minyak Petronas, di situ, pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
SUBANG JAYA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengerahkan beberapa anggota ke Jalan Harmoni, Putra Heights, di sini, bagi mengawal keadaan lokasi yang dikerumuni orang ramai yang ingin melihat keadaan kebakaran saluran paip gas yang dilaporkan berhampiran Jalan Kampung, Kuala Sungai Baru, Subang Jaya pagi tadi.
Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan trafik berlaku.
Menurut seorang anggota trafik yang bertugas, pihaknya sudah menutup jalan tersebut sejak sekitar jam 9 pagi.
Antara lain, penutupan itu bagi memudahkan beberapa buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk FRT dan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikerahkan ke lokasi insiden.
Beberapa petugas media juga dilihat mula membuat liputan berkenaan dengan insiden dari Jalan Harmoni, di sini.
Anggota polis bertugas turut menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada menghampiri lokasi supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Jalan Harmoni
#Putra Heights
#polis tutup laluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan