PENAMPANG: Empat sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi dipercayai gagal membuka mangga kunci di jeriji kecemasan pada tingkap, untuk menyelamatkan diri.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata tiga mayat mangsa ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap itu, dan seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari tingkat bawah rumah tersebut, bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.
"Keempat-empat mangsa berkenaan dipercayai sedar kebakaran itu, namun mangsa gagal untuk menyelamatkan diri kerana tidak dapat membuka mangga yang dipasang pada jeriji berkenaan.
"Apabila dalam keadaan panik, besar kemungkinan mangsa akan lupa di mana meletakkan kunci untuk membuka jeriji kecemasan tingkap berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
BACA: Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Penampang
Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji tingkap kecemasan, manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.
Dalam kejadian itu JBPM Sabah menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.40 pagi dan operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi.
Md Ali berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang jeriji kecemasan tingkap rumah yang berkunci, agar mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
"Kebanyakan kes kebakaran yang melibatkan kematian menunjukkan mangsa cuba keluar melalui jeriji kecemasan tingkap rumah berkenaan, namun gagal berbuat demikian kerana gagal membuka mangga yang berkunci," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Anggota bomba ketika melakukan siasatan kebakaran rumah teres dua tingkat yang turut mengorbankan empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung di Taman Hungap awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Dakwaan pegawai tertinggi KKM buat kecoh ketika terima rawatan tidak berasas
Dakwaan pegawai tertinggi KKM cetus kekecohan sewaktu menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, 4 Januari lalu adalah tidak berasas.
Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam rangka lawatan beliau ke negara itu.
Lima negeri terjejas, Johor terus catat mangsa tertinggi
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 5 petang, 3,276 mangsa daripada 930 keluarga masih berlindung di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.
Lambakan 'lori hantu', JPJ bertindak saman, sita kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang membawa muatan kayu secara berlebihan yang mengundang bahaya dan berisiko berlaku kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.
JPJ periksa 37 Puspakom, sita 21 kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak menyita 21 buah kenderaan perdagangan menerusi pemeriksaan terhadap 37 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam ops khas sejak 30 Disember lalu.
[TERKINI] Polis rakam keterangan Khairy hari ini
Polis merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin petang ini, berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Kebakaran Penampang: Empat yang rentung dipercayai gagal buka mangga jeriji - Bomba
Tiga mayat ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap, dan seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.