awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Pitas: Identiti mangsa rentung dikenal pasti, dua beranak antara korban

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2024
05:56 MYT
Kebakaran Pitas: Identiti mangsa rentung dikenal pasti, dua beranak antara korban
Anggota bomba mengangkat salah seorang mayat mangsa kebakaran di Kampung Blok 5, Pitas pada Khamis.
KOTA MARUDU: Identiti tiga mangsa yang dilaporkan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas, telah dikenal pasti.
Kejadian itu melibatkan dua beranak iaitu Abdul Malik Mad Tasin, 50-an dan anak perempuannya, Nur Adriana Qistina, 11, bersama seorang lagi ahli keluarga lain iaitu Salleh Onding, 60-an.
Sementara itu, tiga mangsa yang terselamat ialah isteri Abdul Malik iaitu Afnah Tundan dan dua lagi anak mereka, Nur Ika Afmaleena dan Nurattyqah.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kudat, Kamarudin Sogon berkata, kesemua mayat mangsa ditemukan di kawasan dan pada waktu berbeza di rumah tersebut.
Sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas, terbakar menyebabkan tiga orang maut.
Sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas, terbakar menyebabkan tiga orang maut.
"Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pada jam 3.27 pagi di ruang tamu manakala mayat bapanya pula ditemukan pada jam 3.40 pagi di ruangan dapur.
"Seorang lagi mangsa ditemukan pada jam 4.26 pagi di bilik air," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Sinar Harian sebelum itu melaporkan, tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditemukan rentung manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kebakaran rumah di kampung tersebut.
Kebakaran yang bermula kira-kira jam 2 pagi itu turut menyebabkan dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja terbakar 100 peratus.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran Pitas
#Kota Marudu
#tiga maut
#identiti dikenal pasti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan