Skip to main content

Malaysia

Kebakaran Sandakan: Rekod terperinci tentukan kewarganegaraan untuk ganti dokumen - PM

SANDAKAN, 22 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau lokasi bencana kebakaran di Kampung Bahagia dan melawat mangsa yang terjejas di PPR Taman Batu Sapi, di sini, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau lokasi bencana kebakaran di Kampung Bahagia dan melawat mangsa yang terjejas di PPR Taman Batu Sapi. - Foto BERNAMA

SANDAKAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai pangkalan data dan rekod terperinci bagi menentukan status kewarganegaraan individu dalam proses menggantikan dokumen pengenalan diri mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rekod sedia ada yang lengkap itu sekali gus dapat menepis kebimbangan pelbagai pihak mengenai kemungkinan proses berkenaan disalah guna oleh individu bukan warganegara yang cuba mengambil kesempatan.

Advertisement

"Ada kebimbangan takut orang-orang yang bukan warganegara berdaftar... tidak mungkin, kerana daftar kita ada... rekodnya ada dan kita akan pastikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi hari ini.

Turut bersama-sama beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

-- BERNAMA

Must Watch Video