MALAYSIA
Kebakaran stor minyak enjin: JAS kesan ammonia tahap tidak berbahaya

Kualiti udara di kawasan kebakaran dan sekitarnya adalah pada tahap yang tidak membimbangkan serta tiada bahan pencemaran berbahaya dikesan. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan ammonia di pos kawalan bomba semasa operasi memadam kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai, dijalankan di sini semalam.
Ringkasan AI
- JAS Johor mengesan bacaan ammonia semasa kebakaran di stor lori dan minyak di Masai, tetapi tidak melepasi tahap bahaya AEGL-2.
- Tiada pencemaran berbahaya seperti sebatian organik meruap (VOC) dikesan di kawasan sekitar, dan kualiti udara disahkan tidak membimbangkan.
- Lima premis dan 15 kenderaan musnah dalam kebakaran; lebih 20 keluarga dipindahkan sementara waktu bagi keselamatan.
"(Bacaan) belum tahap bahaya ... bacaan berkenaan (dikesan) tinggi sedikit semasa kebakaran belum dipadamkan. Kemungkinan bacaan hari ini akan rendah," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemantauan turut dilakukan di kawasan sekitar termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri sekali gus menjelaskan tiada bacaan Volatile Organic Compound (VOC) dikesan di semua lokasi terlibat.
Justeru, beliau berkata pada umumnya, kualiti udara di kawasan kebakaran dan sekitarnya adalah pada tahap yang tidak membimbangkan serta tiada bahan pencemaran berbahaya dikesan.
Mohd Famey berkata pemantauan kualiti udara akan diteruskan hari ini.
Timbalan Ketua Zon I Penguasa Kanan Bomba Il Rosfarawadi Ismani Ismail dilaporkan berkata sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.54 tengah hari dan sebanyak 34 anggota dan aset dari beberapa balai bomba termasuk pasukan sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setakat 6.30 petang semalam, tinjauan Bernama mendapati kira-kira 20 keluarga yang tinggal di sekitar Taman Megah Ria, berhampiran lokasi kebakaran, telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing buat sementara waktu sehingga operasi pemadaman selesai sepenuhnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami