Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini hari ini, beliau berkata ada mangsa yang keadaannya semakin stabil, namun semua masih diberi perhatian perubatan di hospital itu.
"Polis telah melantik seorang pegawai perhubungan untuk setiap mangsa supaya segala kebajikan mereka kita jaga dengan baik," katanya.
BACA: Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan
BACA: Tragedi Katamaran: Kawasan carian diperluas
Ramli juga memberitahu perintah reman telah diperoleh untuk menahan pemilik bot berumur 44 tahun, yang ditahan petang semalam, sehingga 3 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.
Dua kru bot yang terselamat dalam kejadian itu turut ditahan reman sehingga 2 Feb ini.
"Selain itu, belum ada apa-apa perkembangan yang dapat saya kongsikan dan siasatan masih diteruskan dari semua sudut," jelasnya.
Turut hadir dalam lawatan Pesuruhjaya Polis Negeri itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekita Sabah Datuk Pang Yuk Ming, Konsul-Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie dan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra.
Wakil media tidak dibenarkan memasuki wad di mana mangsa ditempatkan.
Bot jenis katamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu.
Insiden berlaku sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.
Pada Ahad, dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.
Namun berlaku percanggahan maklumat berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang sama ada enam atau lima berikutan senarai berbeza yang diberikan operator bot dengan senarai yang ada di atas bot semasa kejadian.
Terdahulu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata pihaknya masih menunggu siasatan polis mengenai jumlah sebenar mangsa yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
RAMLI: Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini
Empat pelancong daripada 20 yang terselamat tragedi bot katamaran karam di perairan Sabah 28 Jan lepas kembali ke China pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan
Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen.
Mangsa bot karam dirawat di hospital - Pengarah Kesihatan Sabah
Kesemua 20 pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot pelancong karam pada 28 Jan lalu masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di sini.
Bot karam: Objek putih terapung dikesan di perairan Labuan
Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang di Sabah, mengesan satu objek berwarna putih terapung di kawasan perairan Semarang, Labuan.
Jabatan Laut tubuh pasukan khas siasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum
Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum, Kota Kinabalu, Sabah, Sabtu lalu.
Tragedi katamaran: "Harapkan keajaiban temui mangsa dalam keadaan hidup"
Agensi mencari dan menyelamat mengharapkan keajaiban untuk menemui enam lagi mangsa bot karam di kawasan perairan Pulau Mengalum dalam keadaan hidup, jika mereka masih gagal ditemui hari ini.
Mangsa tragedi katamaran akan dirawat seminggu lagi - Pengarah QEH1
Semua 20 pelancong China yang diselamatkan dalam tragedi bot karam Sabtu lalu dijangka dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Kebanyakan mangsa bot karam masih trauma - Polis
Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan
Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang ini.