KUALA LUMPUR: Deloitte Malaysia berpendapat cadangan pindaan dengan memberikan kuasa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan maklumat akaun bank bertujuan menggalakkan pematuhan cukai, selain mendapatkan semula hutang cukai yang terhutang kepada kerajaan.
Pengarah Eksekutif Audit dan Penyiasatan Cukai Mohd Fariz Mohd Faruk berkata, adalah penting untuk pembayar cukai di Malaysia benar-benar memahami kuasa baharu yang diberikan kepada LHDN di bawah Seksyen 106A.
"Kuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun bank perlulah untuk tujuan permohonan perintah garnisi.
"Setiap orang perlulah jelas terhadap pengertian prosiding garnisi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Rabu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang merangkumi cadangan pindaan terhadap Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan yang mana LHDN tidak lagi perlu memaklumkan kepada pembayar cukai untuk memohon butiran akaun bank mereka daripada pihak bank untuk tujuan semakan atau penyiasatan.
Mohd Fariz berkata prosiding garnisi adalah proses untuk menguatkuasakan penghakiman wang dengan menyita atau menahan hutang yang perlu dibayar kepada penghutang penghakiman yang menjadi sebahagian daripada hartanya yang ada dalam pelaksanaan.
"Ini bererti prosiding sivil telah dimulakan terhadap seseorang dan penghakiman telah diperoleh terhadap seseorang itu agar LHDN boleh mendapatkan maklumat akaun bank individu tersebut daripada institusi kewangan.
"Tujuan mendapatkan maklumat akaun bank itu adalah untuk LHDN membuat permohonan kepada mahkamah bagi perintah garnisi tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata subseksyen (2) kepada Seksyen 106A yang dicadangkan itu turut melarang institusi perbankan mendedahkan kepada mana-mana pihak bahawa permohonan sedemikian telah dibuat kepada insitusi kewangan tersebut.
"Ini tidak bermaksud LHDN mendapat kebebasan untuk memohon maklumat akaun bank pembayar cukai daripada institusi kewangan secara 'rahsia' atau 'sulit' tanpa pengetahuan pembayar cukai," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata bank juga perlu melaksanakan proses yang kukuh bagi menyelesaikan permohonan maklumat akaun bank daripada LHDN di bawah Seksyen 106A baharu dan melindungi kerahsiaan bagi permohonan sedemikian.
"Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bank boleh didenda antara RM200 hingga RM20,000 atau dipenjara untuk tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 120A Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang terhadap seksyen 106A baharu yang diperkenalkan berikutan ia mungkin tidak boleh digunakan atau dilaksanakan secara meluas kepada mereka yang mematuhi kewajipan cukai pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Deloitte Malaysia berpendapat cadangan pindaan dengan memberikan kuasa kepada LHDN untuk mendapatkan maklumat akaun bank bertujuan menggalakkan pematuhan cukai, selain mendapatkan semula hutang cukai. -Gambar fail/Bernama

MyCare | Sasar kutipan RM4 juta bantu Syria, Yaman dan Afghanistan
Humanitarian Care Malaysia Bhd (MyCare) menyasarkan kutipan sebanyak 4 juta ringgit bagi kempen bantuan kemanusiaan Syria, Yaman dan Afghanistan, yang dijangka bermula bulan depan. Ahli Pemegang Amanah MyCare Johor, Dr Mohd Zin Kandar berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada usaha pembangunan pendidikan bagi anak-anak pelarian di tiga negara terbabit.

Feri Karam | 26 dilaporkan hilang di luar pantai Indonesia
Dua puluh enam orang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas sebuah feri kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk di luar pantai Indonesia. Agensi mencari dan menyelamat negara itu berkata, kapal itu membawa 43 orang ketika ia terbalik Khamis lalu di Selat Makassar, laut yang memisahkan Pulau Sulawesi dan Borneo.

Kanak-Kanak Hilang | Bapa percaya anaknya masih hidup
Bapa kepada kanak-kanak perempuan tiga tahun yang dipercayai hilang ketika jamuan rumah terbuka di rumah rakit di Bukit Rangin Kuantan, percaya anak tunggalnya itu masih hidup. Muhammad Sukri Ali berkata, nalurinya kuat mengatakan anaknya, Siti Nur Athhiyya Soffea atau dipanggil Tiya, masih berada di daratan dan bukan jatuh ke dalam sungai berhampiran rumah rakit miliknya.

HAWANA 2022 | Sambutan meraikan pengamal media buka tirai
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 bagi mengiktiraf sumbangan petugas media dalam membantu membangun dan mengukuhkan perpaduan negara, membuka tirai pada Sabtu. Bertemakan 'suara jelata, aspirasi negara' petugas media dirai pada majlis makan malam anjuran kerajaan negeri yang dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Alor Gajah.

Persenda Agama | Trend ‘jemaah’ dengan kipas diselar
Umat Islam diingatkan tidak melakukan perkara yang dilihat mempersendakan agama termasuk seperti merakam video dengan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, sekiranya perbuatan berkenaan dikesan berlaku, masyarakat diminta melaporkan kepada agensi penguatkuasa agama supaya tindakan susulan boleh diambil.

Keluar Bersatu | Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat – Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk tidak bercakap besar atau membuat kenyataan yang bersifat 'mengadu domba'. Ia selepas Ahmad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin lemah susulan tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Hamzah berkata, Bersatu merupakan parti yang kuat dan mempunyai wakil dalam Kabinet.

Pemilihan PKR 2022 | Semua calon perlu terima keputusan dengan hati terbuka
Semua calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, diminta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka. Presiden PKR yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membina semula kekuatan parti berkenaan.

Duta Besar Malaysia | Kritikan berbentuk peribadi sikap tak profesional – Tajuddin
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia baru-baru ini mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pihak. Tidak terkecuali yang mempertikaikan kebolehan serta kelayakan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, malah ada juga pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur serangan peribadi kepadanya.

Mati Lemas | Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemui lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.

Tenaga Kerja | Polisi tenaga kerja lebih segar diperlukan
Majikan-majikan di negara ini memerlukan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk meningkatkan produktiviti negara, kata Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Laporkan pendapatan tahun taksiran 2021 sebelum 15 Mei, elak penalti - LHDN
Ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.

Penutupan operasi LHDN sempena hari pekerja, Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena Hari Pekerja dan sambutan Aidilfitri.

Jurutera 'berputih mata', wang simpanan RM61,450 lesap ditipu wanita menyamar pegawai LHDN
Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.

Awas, sindiket penipuan guna nama pegawai LHDN
Sindiket itu menyediakan dua kad nama palsu bagi membolehkan mereka membuat pesanan pembelian peralatan perabot.

Polis tahan lelaki disyaki ahli sindiket Macau Scam
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang mangsa kerugian RM28,000.

Tarikh akhir kemuka Borang Nyata Cukai 2021 pada 30 April, e-Filing 15 Mei
LHDN turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Pengurus lombong bijih rugi RM40,000 ditipu Macau Scam
Pihak 'LHDN' memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM98,000 dan kemudian menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah.

LHDN tukar waktu operasi sepanjang bulan Ramadan
Kaunter perkhidmatan LHDN di Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang, pada Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini.

Jururawat rugi RM50,000 diperdaya pegawai 'LHDN, polis'
Mangsa hanya menyedari dia ditipu kira-kira lima jam selepas menerima panggilan itu pada jam 3.30 petang.