awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kebenaran pulang tanpa kuarantin saya dibatalkan" - Hasanuddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/12/2021
04:36 MYT
"Kebenaran pulang tanpa kuarantin saya dibatalkan" - Hasanuddin
Hasanuddin berkata, ketika ini pihaknya hanya mengikuti perkembangan banjir di Hulu Langat dari rumahnya. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan kebenaran pulang tanpa kuarantin terhadapnya telah dibatalkan.
Beliau bagaimanapun menegaskan telah mematuhi segala prosedur operasi standard SOP sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia).
"Pihak KKM sudah jalankan siasatan dan mereka membuat keputusan baharu dengan batalkan kebenaran pulang tanpa kuarantin saya.
"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah hadir di kediaman saya untuk pasang semula gelang yang sebelum ini tidak dilakukan sewaktu saya tiba di klia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, ketika ini pihaknya hanya mengikuti perkembangan banjir di Hulu Langat dari rumahnya.
"Saya terpaksa memantau dari rumah sehingga 28 atau 29 Disember.
"Saya tidak berhasrat untuk cari salah sesiapa dan fokus saya hanya kepada isu banjir," ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Hasanuddin yang juga antara pemimpin parti Amanah tular di media sosial selepas dikatakan melanggar arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Ini termasuk kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan.
Hasanuddin sebelum ini turut dikecam warganet apabila beliau memuatnaik gambar percutian di luar negara ketika kawasannya dilanda banjir.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kuarantin
#Hasanuddin Mohd Yunus
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan