PUTRAJAYA: Kebenaran rentas daerah akan membuka ruang dan peluang untuk orang ramai melancong serta menjamin kelangsungan hidup pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan selain operasi perniagaan dapat dijalankan sepenuhnya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyambut baik keputusan kerajaan yang memberi kebenaran rentas daerah di dalam negeri yang sama kecuali Sabah bermula 5 Mac ini.
Katanya keputusan itu merupakan berita yang amat memotivasikan penggiat industi pelancongan, seni dan budaya yang selama ini meluahkan kebimbangan jika sekatan terhadap pergerakan rentas daerah serta negeri masih diteruskan.
Nancy berkata MOTAC telah mengadakan empat sesi libat urus menerusi Jawatankuasa Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada penggiat industri, yang rata-ratanya mahukan kerajaan membenarkan semula pergerakan atau perjalanan rentas daerah atau negeri.
"Hargai keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larangan pergerakan merentas negeri di seluruh negara ketika ini dikekalkan manakala pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini.
Larangan merentas daerah di Sabah dilakukan atas permintaan kerajaan negeri.
Beliau berkata dalam sesi libat urus itu, kerajaan disaran mengeluarkan dokumen atau pasport khas kepada warga Malaysia yang telah menerima vaksin untuk memudahkan pergerakan dalam negeri dan menjalankan aktiviti sosial termasuk melancong dengan selamat.
Katanya penggiat industri juga mencadangkan keutamaan pemberian vaksin kepada penggiat sektor pelancongan kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang setiap hari menerima kunjungan tetamu dan pelanggan di premis masing-masing.
Turut diutarakan satu pelan jangka panjang pembukaan sempadan antarabangsa agar kementerian boleh mengenal pasti kumpulan sasaran dari pasaran antarabangsa yang boleh dibenarkan untuk tujuan percutian di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
Nancy berkata MOTAC menyambut baik keputusan kerajaan yang memberi kebenaran rentas daerah di dalam negeri yang sama kecuali Sabah. - Bernama
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta ILAM merancang untuk menyertai Kongres Dunia FLA 2025 di Perancis tahun depan.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
Isu kibar bendera China: Reaksi berlebihan beri kesan sektor pelancongan negara - King Sing
Reaksi berlebihan berhubung kontroversi mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan dibimbangi memberi kesan kepada sektor pelancongan.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.