TAIPING: Selepas pulau peranginan terkenal, Pulau Pangkor menerima kunjungan orang ramai baru-baru ini, kini Zoo Taiping dan Night Safari di sini turut menjadi tumpuan pengunjung.
Pembukaan semula Zoo Taiping dan Night Safari selepas kali terakhir dibuka kepada pengunjung Mei lalu ternyata memberi suasana dan impak berbeza.
Kebanyakan daripada mereka datang dari luar Perak dan singgah ke Taiping sekali gus memanfaatkan hari cuti untuk beriadah bersama-sama keluarga.
Salah seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Syed Jaymal Faroque Syed Kamal, 43, berkata kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sememangnya memberi kelegaan kepada rakyat.
"Saya dari Kuala Lumpur balik ke kampung isteri di Kedah dan ambil keputusan untuk singgah ke Taiping dan datang ke sini (zoo).
"Saya bekerja sendiri, jadi kami manfaatkan kelonggaran yang kerajaan umum baru-baru ini untuk bawa anak-anak beriadah, apa pun kena ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Roslina Hashim dari Sungai Petani, Kedah yang datang bersama suami dan anak-anak menyifatkan pembukaan semula Zoo Taiping dan Night Safari memberi kegembiraan kepada ramai orang.
Bagaimanapun katanya, orang ramai yang sudah lengkap suntikan vaksinasi dan merentas negeri wajar mematuhi nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh pihak zoo, demi keselamatan bersama.
"Kalau nak rentas negeri dengan SOP yang ditetapkan, pastikan kita jaga kita dan amalkan norma baharu, insha-Allah semua selamat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari, Dr Kevin Lazarus berkata walaupun hari ini bukan cuti umum namun kehadiran orang ramai begitu memberangsangkan.
Beliau berkata, setakat jam 1 tengahari hari ini, dianggarkan hampir 2,000 orang pengunjung datang ke zoo tersebut.
"Kita ikut SOP iaitu tidak melebihi 800 orang setiap jam. Waktu lawatan untuk zoo bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Untuk Night Safari dibuka pada jam 8 malam dan kaunter tiket akan tutup pukul 10 malam.
"Paling penting, pengunjung mesti lengkap dos vaksinasi, kalau bawah 18 tahun seperti saranan MKN (Majlis Keselamatan Negara) mesti diiringi penjaga yang lengkap dos, selain SOP lain sebagai contoh memakai pelitup muka," katanya lagi.
Aida Aziz
Mon Oct 18 2021
Pembukaan semula Zoo Taiping dan Night Safari selepas kali terakhir dibuka kepada pengunjung Mei lalu ternyata memberi suasana dan impak berbeza. - Astro AWANI
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Kebenaran rentas negeri kembali hidupkan Zoo Taiping dan Night Safari
Pembukaan semula Zoo Taiping dan Night Safari selepas kali terakhir dibuka kepada pengunjung Mei lalu ternyata memberi suasana dan impak berbeza.