awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau pada bulan Ramadan - Yadim

Bernama
Bernama
18/03/2021
11:11 MYT
Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau pada bulan Ramadan - Yadim
Keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, peluang tersebut dinanti-nantikan umat Islam selepas tidak dibenarkan berbuat demikian pada Ramadan tahun lepas akibat penularan COVID-19.
Beliau berkata keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.
"Yadim akan turun ke masjid di seluruh negara untuk melaksanakan pelbagai program khas sepanjang bulan Ramadan. Antara program ialah bantuan makanan kepada golongan asnaf, majlis berbuka puasa, qiamullail dan ceramah agama bagi mengembalikan masyarakat Islam ke masjid dan surau," katanya pemberita pada majlis Yadim Peduli Isad Al Usrah dan Musaadah Bersama Asnaf di Masjid Tengku Abd Halim, Kampung Tualang Tinggi di sini, hari ini.
Beliau berkata perincian program itu akan diumumkan pada 30 Mac ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Mengulas lanjut, Tuan Kamarul Arief berkata bagi melaksanakan program itu, pihaknya memerlukan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta menerusi kempen pengisian tabung "RM Seringgit Satu Minggu" yang telah dilancarkan.
"Hingga kini sebanyak RM250,000 telah berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan pelbagai pihak sebagai menyokong dan mempercayai program berkenaan yang dilaksanakan oleh Yadim," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat
#sembahyang
#masjid
#surau
#Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
#YADIM
#Ramadan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan