awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kebenaran terbukti jua' - Ahmad Zahid

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/01/2026
13:00 MYT
'Kebenaran terbukti jua' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, keputusan tersebut membuktikan kebenaran akhirnya terserlah selepas melalui proses perundangan yang panjang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan pendakwaan terhadap beliau dalam kes melibatkan 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, keputusan tersebut membuktikan kebenaran akhirnya terserlah selepas melalui proses perundangan yang panjang.
“Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau dilepaskan sepenuhnya selepas AGC memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap kes berkenaan.
Keputusan itu dibuat susulan penelitian menyeluruh terhadap keseluruhan siasatan serta keterangan baharu, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan (DNAA) daripada semua pertuduhan tersebut.
Menurut AGC, siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), merangkumi aspek sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana, termasuk perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan kepada AGC selepas beliau dipanggil membela diri.
AGC memaklumkan, keputusan itu membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Yayasan Akalbudi
#Jabatan Peguam Negara
#Facebook
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan