awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI, ketirisan hasil negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
11/11/2025
01:30 MYT
Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI, ketirisan hasil negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI serta jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti oleh agensi penguat kuasa antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta Perdana Menteri menjelaskan bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI dalam tempoh 18 hingga 24 bulan.
Beliau juga ingin tahu mengenai usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar itu mencapai objektif sepenuhnya, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) bertanyakan Perdana Menteri berhubung jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti yang diperoleh semua agensi penguatkuasaan kerajaan serta langkah yang diambil untuk memperkukuh usaha membanteras ketirisan hasil negara.
Turut menarik perhatian, soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) kepada Menteri Dalam Negeri mengenai jumlah kes tangkapan dan pendakwaan terhadap kes penyalahgunaan kad pengenalan, termasuk kecurian identiti dan penjualan dokumen itu pada sesi soal jawab lisan.
Beliau turut meminta penjelasan mengenai strategi bagi memastikan data pemilik kad pengenalan dilindungi daripada kecurian identiti dan penjualan dokumen itu, serta mekanisme penguatkuasaan dan pencegahan yang berkesan.
Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan