awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh

Bernama
Bernama
27/10/2023
12:23 MYT
Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh
Dalam kejadian pada 15 Okt lepas, dua lelaki berusia 14 dan 30 tahun yang sedang bekerja di gerai burger telah ditemukan tidak sedarkan diri di tepi gerai akibat terkena renjatan elektrik. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kebocoran arus yang disebabkan oleh kabel bekalan fasa hidup yang luka dan terkena pada kerangka kabin gerai jenis besi dan zink, dikenal pasti sebagai punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Taman Bercham Jaya, Ipoh, Perak hingga meragut dua nyawa, pada 15 Okt lepas.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan hari ini berkata penemuan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
"Ini telah menyebabkan kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila tersentuh dengan bahagian badan kabin gerai yang bertenaga tersebut," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian pada 15 Okt lepas, dua lelaki berusia 14 dan 30 tahun yang sedang bekerja di gerai burger telah ditemukan tidak sedarkan diri di tepi gerai akibat terkena renjatan elektrik, dan disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
ST berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati berlaku kecuaian atau kesalahan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Suruhanjaya turut menggariskan beberapa panduan keselamatan penggunaan elektrik untuk rujukan pemilik, pengusaha perniagaan dan orang ramai antaranya memastikan tiada sambungan elektrik secara haram, dan melantik kontraktor elektrik dan orang kompeten yang berdaftar dengan ST untuk menjalankan kerja pendawaian elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#gerai burger
#Suruhanjaya Tenaga
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan