awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran data peribadi 46.2 juta pengguna telefon data 2014 - Jailani

Bernama
Bernama
12/12/2017
05:44 MYT
Kebocoran data peribadi 46.2 juta pengguna telefon data 2014 - Jailani
JAILANI: Masih terlalu awal untuk disimpulkan dalang di sebalik insiden yang berlaku. - Gambar fail
Kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih yang dilaporkan pada 18 Okt lepas adalah melibatkan kebocoran data pada 2014 dan bukannya data terkini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.
Beliau berkata siasatan telah dijalankan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadimengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) dan Seksyen 130, Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
"Masih terlalu awal untuk disimpulkan dalang di sebalik insiden yang berlaku. Pihak polis telah memanggil saksi-saksi yang dikenal pasti untuk diambil keterangan.
"Antara saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan ialah pengendali laman web lowyat.net, jobstreet.my, syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan mana-mana individu yang dipercayai dapat membantu siasatan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab solan Senator S. Chandra Mohan yang ingin tahu hasil siasatan insiden kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan telefon mudah alih baru-baru ini.
Jailani berkata SKMM juga telah menghubungi setiap syarikat telco mengenai kejadian itu dan telah mengarahkan supaya memeriksa setiap transaksi sistem bagi memastikan tiada penggodaman atau kebocoran maklumat berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2014
#bukan terkini
#Jailani Johari
#kebocoran data
#Malaysian Medical Association
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#S Chandra Mohan
#siasatan
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan