Satu insiden kebocoran gas helium dilapor berlaku di Unit X-ray Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada Selasa malam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Zaihadi Sehibi berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.09 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik sahaja tiba, kami mendapati memang terdapat kejadian gas helium bocor di Unit X-ray hospital itu.

"Buat masa ini, operasi tindakan dan pemantauan dijalankan bagi menyelesaikan kes ini," katanya lagi.