awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebun durian: Tiada penglibatan tentera dalam operasi penguatkuasaan di Raub

Bernama
Bernama
12/04/2025
08:23 MYT
Kebun durian: Tiada penglibatan tentera dalam operasi penguatkuasaan di Raub
Yahaya berkata setakat ini, tiada pergerakan mahupun arahan daripada kerajaan negeri mengenai penglibatan tentera dalam operasi berkenaan. - Gambar fail
KUANTAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tidak terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub seperti yang tular di media sosial, sejak semalam.

Ringkasan AI
  • Angkatan Tentera Malaysia tidak terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub.
  • Polis Pahang menerima tiga laporan berkaitan operasi tersebut dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
  • Pekebun yang tidak puas hati menghalang laluan, namun keadaan berjaya dikawal tanpa insiden.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata setakat ini, tiada pergerakan mahupun arahan daripada kerajaan negeri mengenai penglibatan tentera dalam operasi berkenaan.
Beliau berkata mengenai operasi itu, pihaknya telah menerima tiga laporan dibuat oleh pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), polis dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi lebih 25 saat yang memaparkan pergerakan beberapa kenderaan tentera di satu kawasan, yang didakwa bagi membantu operasi terbabit.
Media melaporkan, pekebun didakwa telah bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati, kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun, namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.
Kerajaan Pahang sebelum ini juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebun durian
#Anggota tentera
#Raub
#Ketua Polis Pahang
#Bantahan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan