awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Tiris bongkar ketirisan, rampasan cecah RM179 juta
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecekapan berbahasa Inggeris pacu daya saing global Malaysia - AMCHAM

Bernama
Bernama
11/09/2025
21:40 MYT
Kecekapan berbahasa Inggeris pacu daya saing global Malaysia - AMCHAM
Siobhan berkata, sebagai organisasi global, anggota AMCHAM bergantung kepada bahasa Inggeris untuk menyatukan pasukan yang pelbagai dan memastikan komunikasi yang jelas dengan pelanggan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris terutama bagi tenaga kerja baharu adalah penting untuk membuka peluang, memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing jangka panjang Malaysia dalam rantaian bekalan global, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Siobhan Das berkata, sehubungan itu, AMCHAM menggesa pihak berkepentingan supaya terus melabur dalam pendidikan dan latihan bahasa Inggeris agar Malaysia kekal menjadi destinasi menarik bagi pelabur, syarikat multinasional dan bakat global.
"Bahasa Inggeris bukan sekadar satu kemahiran, ia adalah perniagaan strategik yang penting untuk inovasi dan pertumbuhan di rantau ini.
"Pada masa hadapan, syarikat menjangka kepentingan bahasa Inggeris akan terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong oleh globalisasi dan pendigitalan tempat kerja," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tinjauan terbaru oleh AMCHAM ini menunjukkan hampir 40 syarikat berpendapat penguasaan bahasa Inggeris adalah penting bagi kejayaan di tempat kerja di Malaysia.
Tinjauan itu turut menunjukkan hampir semua responden menilai penggunaan bahasa Inggeris sebagai "amat penting," dan kebanyakan syarikat melaporkan sehingga 100 peratus tenaga kerja mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari dalam komunikasi, pelaporan, latihan dan pembentangan.
Selain operasi harian, penguasaan bahasa Inggeris turut dilihat sebagai pemacu utama kemajuan kerjaya kerana ia memudahkan kerjasama antarabangsa, rangkaian profesional dan akses kepada peluang global yang lebih luas.
Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris turut berperanan penting dalam keputusan untuk mengambil pekerja dan kenaikan pangkat, menjadikannya sebagai faktor utama dalam pertumbuhan kerjaya bakat tempatan di organisasi multinasional.
Siobhan berkata, sebagai organisasi global, anggota AMCHAM bergantung kepada bahasa Inggeris untuk menyatukan pasukan yang pelbagai, memastikan komunikasi yang jelas dengan pelanggan, dan membuka peluang bagi bakat tempatan Malaysia untuk cemerlang dalam peranan bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#AmCham
#Siobhan Das
#daya saing global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan