awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah alami cuaca panas hingga 35 darjah Celsius

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/01/2022
08:09 MYT
Kedah alami cuaca panas hingga 35 darjah Celsius
Orang ramai digalakkan meminum banyak air berikutan cuaca panas ketika ini boleh mencecah sehingga 35 darjah Celsius di negeri Kedah. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Penduduk Kedah dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar berikutan cuaca panas yang melanda negeri itu ketika ini.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, orang ramai juga digalakkan meminum banyak air berikutan cuaca panas ketika ini boleh mencecah sehingga 35 darjah Celsius.
Menurut Muhammad Khalil, hampir semua daerah di negeri ini dilanda cuaca panas dan pihaknya menjangkakan suhu bertambah panas sekiranya tiada hujan.
"Berdasarkan rekod bilangan hari tanpa hujan mencatatkan daerah Kota Setar merekodkan 20 hari tanpa hujan, Pulau Langkawi pula 17 hari dan manakala Sik serta Kuala Muda masing-masing 12 hari.
"Malah setakat ini catatan suhu tertinggi direkodkan di Stesen Charok Padang, Sik pada Sabtu lalu dengan bacaan 35.3 darjah Celcius.
"Selain itu suhu maksimum harian pula dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Muhammad Khalil turut menasihatkan supaya aktiviti pembakaran terbuka tidak digalakkan dilakukan dan tidak sesuai ketika musim kering disebabkan haba panas ketika ini.
Katanya, keadaan ini berlaku berikutan Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu secara amnya negeri di bahagian utara Semenanjung akan mengalami kering sedikit.
"Dijangkakan cuaca panas yang melanda negeri ini pada waktu ini berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April depan.
“Namun, cuaca panas ini dijangka kembali normal pada hujung Mac atau awal April nanti,” katanya.
Muhammad Khalil berkata, setakat ini terdapat beberapa stesen merekodkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut.
Topic Berkaitan
#Kedah
#cuaca panas
#35 darjah Celcius
#Kota Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan