BUKIT KAYU HITAM:Kedah bakal menerima pelaburan dalam industri kenderaan teknologi hijau dan peralatan pertahanan bernilai RM1.5 bilion tidak lama lagi.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek berimpak tinggi itu dijangka menjadikan Kedah sebagai sebuah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan yang utama di Asia Tenggara.
"Projek ini akan dikendalikan oleh dua buah syarikat besar iaitu Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn. Bhd. yang turut mempunyai rangkaian perniagaan di luar negara.
"Kedua-dua syarikat ini merupakan pemain utama dalam industri kenderaan cekap tenaga dan teknologi hijau serta terlibat dalam pembekalan peralatan pertahanan dan teknologi informasi," katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan, dekat sini pada Rabu.
Menurut Muhammad Sanusi syarikat Go Auto sememangnya sudah mempunyai operasi kilang automotif di Gurun sejak 2015.
Katanya, sehingga kini syarikat itu sudah mengeluarkan kenderaan cekap tenaga jenama Haval dan Borgward dari China, van komersial dengan teknologi Higer serta bas elektrik dengan jenama sendiri, Go Auto.
Muhammad Sanusi berkata pelaburan itu juga dijangka dapat menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu, di samping membawa masuk pemain industri automotif dan pertahanan terkemuka dunia.
Dalam pada itu, beliau memberitahu kedua-dua syarikat berkenaan juga akan bergabung untuk memiliki 80 peratus saham dalam Darulaman FC Sdn. Bhd. (DFC) secara konsesi (5+5 tahun) tertakluk kepada perjanjian.
"Bagi pegangan saham dalam DFC mereka akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan dimeterai kelak.
"Pemilihan kedua-dua syarikat ini adalah berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bola sepak yang mandiri serta membawa nilai dan aktiviti pelaburan yang berimpak tinggi kepada Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021
Muhammad Sanusi (tiga, kiri) menanam pokok cili secara fertigasi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan, Bukit Kayu Hitam, 6 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
'Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi
Sanusi berkata kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.
Sanusi sifatkan pihak yang jadi ejen perpecahan, perbalahan adalah syaitan
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan mana-mana individu atau pihak yang menjadi ejen kepada perbalahan dan perpecahan ummah adalah syaitan.
Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion
Projek berimpak tinggi itu dijangka jadikan Kedah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan utama di Asia Tenggara.