awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah harap bazar di kawasan PKP diberi kebenaran beroperasi

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
02/05/2021
20:51 MYT
Kedah harap bazar di kawasan PKP diberi kebenaran beroperasi
Muhammad Sanusi berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam Mesyuarat Khas MKN yang akan dipengerusikan Muhyiddin pada petang Isnin. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berharap bazar Ramadan dan Aidilfitri di daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberi kelonggaran untuk beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini.
"Saya akan hadir ke mesyuarat tersebut secara dalam talian. Saya akan membangkitkan situasi peniaga-peniaga yang tidak dapat menanggung beban yang terlalu besar akibat penutupan perniagaan di bazar Aidilfitri dan bazar Ramadan.
"Saya juga berharap agar bazar dalam kawasan PKP diberi kelonggaran untuk beroperasi dengan SOP yang diperketat. Semoga ada khabar melegakan esok bagi lima daerah yang dikenakan PKP," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau semalam.
Pada Sabtu, Astro AWANI melaporkan, peniaga bazar di Kedah mungkin akan menghadapi malang berganda sekiranya berlaku penutupan operasi di kawasan yang terlibat dengan PKP di negeri itu.
Ia selepas majoriti kumpulan peniaga bukan sahaja masih belum mampu memperoleh nilai modal yang telah dikeluarkan bagi memulakan operasi bazar tahun ini, malah tidak mempunyai sebarang pelan alternatif lain untuk kelangsungan perniagaan mereka.
Pada Jumaat lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula semalam hingga 14 Mei depan.
Pada Sabtu, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) cawangan Kedah Sarjakhan Abu Bakar turut menyuarakan pandangan agar bazar di lima daerah terbabit dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan peniaga mengalami kerugian besar.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#bazar aidilfitri
#daerah PKP
#kerajaan negeri
#harap
#dibenarkan beroperasi
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#kerugian
#peniaga
#Kedah
#PKP
#pematuhan SOP
#kelonggaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan