Kedah mencalar rekod tanpa kalah PKNS FC pada saingan Liga Super musim ini selepas meraih kemenangan tipis 4-3 pada aksi penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kemenangan kedua berturut-turut selepas membenam PKNP FC 1-0 pada 11 Feb lalu, menyaksikan skuad Helang Merah melonjak tiga anak tangga ke kedudukan keenam carta dengan mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.
Pada aksi tersebut, PKNS membuka tirai jaringan menerusi larian solo Faris Ramli sebelum melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, pada minit ke-30.
Kedudukan itu hanya bertahan selama dua minit apabila Kedah dihadiahkan sepakan penalti selepas Akhyar Rashid dijatuhkan Qayyum Marjoni Sabli.
Pemain import Kedah, Liridon Krasniqi menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan sebelum Mahali Jasuli meletakkan PKNS di hadapan pada minit ke-45.
Tersentak dengan jaringan itu, Kedah memperkemaskan gerakan di barisan depan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Liridon sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Kedah buat pertama kali berada di hadapan pada minit ke-67 apabila pemain pertahanan PKNS, K. Reuben tertampan bola hantaran Baddrol Bakhtiar ke gawang sendiri.
Bagaimanapun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa memperkukuhkan kedudukan Kedah pada masa kecederaan sebelum disusuli jaringan gol ketiga PKNS oleh Mahali.
Sementara itu di Stadium Negeri Pulau Pinang, pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mencatatkan kemenangan kedua dalam empat perlawanan selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1.
Pada perlawanan itu, PKNP FC selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Ritus Krjauklis pada minit ke-65 dan Mohd Irwan Syazmin Wahab pada minit ke-79 sebelum Kuala Lumpur dihadiahkan oleh gol sendiri daripada pemain PKNP, G.Ganiesh pada minit ke-81.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2018
Pemain PKNS FC Rafael Ramazotti De Quadros (kiri) cuba mengawal bola dari pemain Kedah Muhammad Ariff Farhan Md Isa (kanan) pada perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Shah Alam malam tadi. --fotoBERNAMA
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.