awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas

Bernama
Bernama
02/01/2025
05:00 MYT
Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Muhammad Sanusi berkata pihaknya masih menjalankan bancian terhadap jumlah KIR terlibat. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir termasuk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) atas faktor tertentu pada November lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya masih menjalankan bancian terhadap jumlah KIR terlibat, manakala bagi yang tidak berpindah mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penghulu.
"Jumlah (mangsa banjir) yang sudah ada sekarang hanya bagi mereka yang berpindah ke PPS, jadi kita hantar MPKK dan penghulu untuk sahkan mereka terlibat banjir tapi tidak berpindah.
"Ada mangsa banjir tidak dapat berpindah ke PPS kerana telah penuh dan mereka berlindung di tingkat atas rumah... Pegawai daerah benarkan dan kita hantar bantuan macam biasa kepada mereka di rumah (semasa banjir)," katanya selepas Majlis Perhimpunan Amanat Menteri Besar kepada Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata bayaran RM500 tersebut akan disalurkan sebaik sahaja angka penuh diperoleh dan pihaknya akan menyelesaikannya dalam bulan ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan banjir RM1,000 kepada setiap KIR yang terjejas dan berpindah ke PPS akibat dilanda banjir fasa pertama pada September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#bantuan banjir
#Muhammad Sanusi Md Nor
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan