awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi

Bernama
Bernama
02/02/2023
08:50 MYT
Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi
Projek naik taraf di jeti terbabit memberi makna bagi penduduk Langkawi khususnya yang sering berulang-alik ke tanah besar atas pelbagai urusan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di pulau peranginan itu.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan meluluskan peruntukan tersebut yang diterima LADA, Disember lepas.
Beliau berkata peruntukan itu amat diperlukan bagi memulihkan semula ekonomi pulau bebas cukai itu yang terjejas teruk sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada 2020 hingga 2021.
"Kerajaan negeri akan memastikan kerja menaik taraf kedua-dua jeti ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Langkawi.
"Ia juga amat memberi makna bagi penduduk Langkawi khususnya yang sering berulang-alik ke tanah besar atas pelbagai urusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#Langkawi
#jeti langkawi
#naik taraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan