awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tidak bercadang pertimbang semula penamatan lesen judi - Muhammad Sanusi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/01/2023
05:42 MYT
Kedah tidak bercadang pertimbang semula penamatan lesen judi - Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi berkata Swee Leong terlebih dahulu diminta untuk membuktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum. - Fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bertegas tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri yang telah berkuat kuasa di negeri itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu telah mengambil pandangan semua pihak dan isu itu bukan hanya membabitkan satu kaum sahaja sebaliknya judi juga telah memberi kesan buruk kepada semua kaum di negara ini.
"Kita bertegas tidak akan tarik balik dan tiada pertimbangan semula kerana ini bukan isu satu kaum sahaja.
"Judi merosakkan semua kaum, tak pernah jadi alat membentuk keharmonian kaum," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Muhammad Sanusi memberi reaksi mengenai cadangan Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di Kedah.
Swee Leong berkata, langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.
Dalam ulasan lanjutnya, Muhammad Sanusi berkata Swee Leong terlebih dahulu diminta untuk membuktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum.
Katanya ini kerana keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui integrasi di sekolah, aktiviti sukan, seni budaya, bahasa pertuturan yang sama dan lain-lain kesan daripada judi.
"Kalau betul saya minta dia (Swee Leong) buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum," ujarnya.
Mulai Hari Ini | Tiada lagi premis judi, loteri di Kedah
Ahad lalu Astro AWANI melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.
Topic Berkaitan
#lesen judi
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Menteri Besar Kedah
#Teh Swee Leong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan