Kerajaan negeri Kedah tidak berhasrat untuk mengemukakan syor atau cadangan bagi memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kota Setar yang akan berakhir 25 September ini.
Ianya susulan perlaksanaan perintah terbabit memberikan satu "tempoh sukar" kepada penduduk terlibat selain petugas barisan hadapan yang terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko termasuk penularan wabak COVID-19 itu sendiri.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah pelaksanaan ujian saringan kedua selesai dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa hari lagi.
Tambahnya, setakat ini tiada perbincangan diadakan pihak kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah berhubung perkara berkenaan dan ia akan dilaksanakan sebaik sahaja menerima keputusan penuh daripada saringan kedua yang dijalankan oleh penduduk.
"Sekiranya didapati ada penambahan (kes), dan selama kita tidak ada vaksin untuk tangani COVID-19, TEMCO adalah langkah terbaik untuk membendung penularan, (sebab) tak ada ubat lagi... ubat (paling berkesan ketika ini adalah) dia (penduduk) amalkan SOP.
"Selain dari bersimpati kepada orang kampung yang terlibat, saya sangat bersimpati kepada agensi yang terbabit, harap (TEMCO di daerah) Kota Setar ini cukup lah dua minggu tu, (perbincangan menegenai lanjutan tempoh) belum dibincangkan, (ia susulan apabila) sampai hari ke-13 dia akan ada ujian 'swab' kedua, keputusan kedua itu akan menentukan (sama ada cadangan TEMCO disambung atau tidak)," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Tahfiz Darul Ulum Ar-Rahimiyah, Jitra pada Ahad.
Terdahulu,kerajaan telah mewartakan pelaksanaan TEMCO di daerah Kota Setar, Kedah ekoran peningkatan kes membabitkan Kluster Sungai dan Telaga di lokasi berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020 sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penularan COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 20 2020
Suasana bandaraya Alor Setar kelihatan mendung dan sunyi berikutan cuaca hujan ketika tinjauan hari ke-10 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPD) di Daerah Kota Setar. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.