Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak akan mengikut langkah Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan memohon untuk membubarkan DUN Kedah jika waktu pembubaran itu memihak kepada PAS untuk menang pilihan raya di Kedah.
"Kalau PRU13, itu hak (kerajaan pusat untuk bubar) parlimen. Hak negeri ikut suka saya. Kalau boleh menang kita bubar. Kalau ada punca nak kalah hendak bubar buat apa?" kata Azizan ketika ditemui di Pokok Sena lewat Rabu.
Azizan bagaimana pun menjelaskan, segala keputusan tertakluk kepada persetujuan pucuk pimpinan PAS pusat.
Katanya lagi, pendiriannya itu samalah seperti pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional yang akan membubarkan Parlimen sekiranya yakin sokongan rakyat memihak kepada mereka.
Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mencadangkan pembubaran DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina sekiranya kerajaan Pusat masih belum memberi petanda untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media berkata, pembubaran tersebut akan tetap dibuat meskipun kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam reaksinya pula memaklumkan kerajaan negeri Selangor berhak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Namun Abdul Aziz menegaskan, ia tidak berhak menentukan tarikh pilihan raya, kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa SPR.
Ashwad Ismail
Thu Jan 31 2013
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Azizan jalani pembedahan memotong kaki
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman.
Kedah umum 5 Mei cuti sempena PRU13
Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.
DUN Kedah dibubar hari ini
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuatkuasa hari ini.
Kerajaan Kedah nafi terlibat tebang hutan
Kerajaan negeri Kedah menafikan terlibat dalam aktiviti penebangan balak yang didakwa berlaku di hutan Wang Perah, Jitra.
200 penyokong PAS desak Azizan undur
Hampir 200 ahli dan penyokong Pas DUN Kota Siputeh adakan protes desak perletakan jawatan Menteri Besar Kedah.
Kedah tidak ikut Selangor
Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak akan mengikut langkah Selangor untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Mei.