awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai alat ganti kereta di Segambut musnah dalam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2021
12:47 MYT
Kedai alat ganti kereta di Segambut musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai (half cut) yang berkeluasan 40 x 100 kaki, terbakar hampir 90 peratus. - Foto/Sam Jia Onn
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai alat ganti kereta di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.50 petang.
Susulan itu, 83 anggota bersama 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai (half cut) yang berkeluasan 40 × 100 kaki, terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan kemerebakan yang lebih besar.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan setakat ini dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kedai alat ganti kereta
#Segambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan