awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai emas rugi RM5,000 disamun seorang lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2022
21:15 MYT
Kedai emas rugi RM5,000 disamun seorang lelaki
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman Chow Kit di sini, kerugian kira-kira RM5,000 selepas disamun seorang lelaki pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.47 petang.
"Suspek dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Dash berwarna biru dan nombor pendaftaran belum dapat dikenal pasti.
"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja di dalam kedai emas berkenaan. Suspek dipercayai menggunakan sebatang besi yang dibalut dengan kain untuk memecahkan rak pameran barang kemas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Noor Dellhan berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kita sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam kes samun ini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 akta yang sama.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kedai emas
#samun
#kerugian
#Noor Delihan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan