KUALA LUMPUR: Kedai barang fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi.
Beliau berkata turut dibenarkan beroperasi adalah kedai antik, kedai alat permainan, kedai permaidani dan kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif, kedai kegiatan luar termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau termasuk vape atau rokok elektronik.
"Jenis perniagaan berikut dibenarkan kembali beroperasi dengan syarat vaksin yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat turut bersetuju untuk membenarkan pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan serta premis industri/perkhidmatan perlu.
"Penjagaan dan penyelenggaraan di atas tenemen mineral, kuari dan tapak pengorekan serta di premis lesen mineral dan lesen memproses mineral dibenarkan bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan risiko kemalangan.
"Pengoperasian tenemen, mineral dan tapak pengorekan bagi tujuan penghasilan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar negara dibenarkan," katanya.
Perdana Menteri berkata selain itu, perladangan berasaskan kayu dan kenaf turut dibenarkan di bawah fasa sama.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata bagi negeri Fasa Dua PPN, semua pejabat swasta dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus sekiranya 80 peratus pekerja telah lengkap vaksin manakala kapasiti 80 peratus bagi 60 peratus pekerja telah lengkap vaksin dan kapasiti 60 peratus sekiranya 40 peratus pekerja lengkap vaksin.
Selain itu, turut dibenarkan beroperasi adalah kilang perabot manakala kapasiti kenderaan pekerja 100 peratus juga dibenarkan bagi penumpang lengkap vaksin.
Perdana Menteri turut mengumumkan kebenaran beroperasi bagi aktiviti sektor pengurusan perhutanan di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.
Ia merangkumi pengusahasilan hutan (pembalakan dan hasil hutan bukan kayu); perladangan hutan dalam hutan simpan kekal (HSK) dan pembangunan hutan di bawah Projek Pembangunan Hutan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Selain itu, mesyuarat secara bersemuka turut dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat PPN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.