awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai makanan, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/06/2020
07:09 MYT
Kedai makanan, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam
Tambahan masa operasi selama dua jam dibenarkan berikutan rayuan yang diterima kerajaan daripada pengusahanya. - Gambar fail
Semua restoran, gerai dan outlet menjual makanan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang bermula Rabu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga bersetuju kedai-kedai serbaneka dan runcit yang sebelum ini beroperasi 24 jam sebelum pelaksanaan PKP dibuka sehingga pukul 12 tengah malam.
Tambahan masa operasi selama dua jam itu katanya, dibenarkan berikutan rayuan yang diterima kerajaan daripada pengusahanya.
"Pun begitu ingin saya tegaskan di sini orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial," katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menambah, antara lain yang dibenarkan semula adalah surau di pusat beli belah dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Katanya, pembukaan itu tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama dan mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau-surau perlulah mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial.
Selain surau, katanya, gerai-gerai termasuk yang menjual barangan kering juga dibenarkan beroperasi di kawasan terbabit.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kedai makanan
#Mesyuarat Khas Menteri-menteri
#Pelaksanaan PKP
#PKPP
#R&R
#restoran
#SOP
#surau
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan