Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Dr Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
"Tunggu sehari dua ini. Insya-Allah... saya tidak boleh menyatakan sehingga siaran akhbar dilakukan atau mungkin lembaga pengarah akan memanggil media sekali lagi untuk menjelaskan keadaan ini," kata beliau kepada pemberita selepas Program Inspirasi Ramadan YAPEIM peringkat negeri Johor di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.
Dua hari lepas, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilaporkan membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa kononnya Abibullah, mempengaruhi kakitangan YAPEIM pada pilihan raya umum lepas.
BACA: Salah laku dan kecuaian dikenal pasti dalam pentadbiran YaPEIM
Ketika ditanya sama ada pihak Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).
"Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum bahawa kakitangan YAPIEM adalah berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.
Dan garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti," kata Abdul Ghafar.
Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2019
Satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bagi memperjelaskan isu yang melibatkan pegawai kanan yayasan itu.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Kedudukan Ketua Pengarah YaPEIM diketahui sehari dua
Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.
Pembelian simulator golf hasil pendapatan perniagaan, tidak guna sumbangan jariah - KP YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.
Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis
Dakwaan penyelewengan wang zakat YaPEIM adalah fitnah dan berunsur jahat dengan menggunakan sumber dan maklumat yang tidak sah.