awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Arab Saudi adakan aktiviti sempena Hari Harimau Bintang Arab Antarabangsa

Bernama
Bernama
11/02/2024
07:30 MYT
Kedutaan Arab Saudi adakan aktiviti sempena Hari Harimau Bintang Arab Antarabangsa
Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim memberitahu, aktiviti itu bertujuan menyebarkan kesedaran tentang isu alam sekitar yang mempengaruhi harimau secara amnya dan khususnya harimau bintang Arab. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kedutaan Arab Saudi di Malaysia mengadakan aktiviti berjalan pantas atau 'brisk walking' beramai-ramai di Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur petang Sabtu bersempena Hari Harimau Bintang Arab Antarabangsa.
Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim turut menyertai aktiviti itu.
Beliau memberitahu Bernama, aktiviti itu bertujuan menyebarkan kesedaran tentang isu alam sekitar yang mempengaruhi harimau secara amnya dan khususnya harimau bintang Arab.
10 Februari adalah Hari Harimau Bintang Arab Antarabangsa ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Acara 'brisk walking' sejauh tujuh kilometer ini yang bermula pada pukul 3 petang (Sabtu ) disertai pegawai kedutaan Arab Saudi, masyarakat Arab di Malaysia, orang awam serta sekumpulan pelajar dari Sekolah Arab Saudi di Kuala Lumpur.
Setiausaha Duta Arab Saudi ke Malaysia Nisreen Abu Bakr menambah, harimau bintang Arab yang ditemui di Semenanjung Arab semakin pupus dan jarang ditemui lagi dengan jumlah yang masih tinggal dianggarkan kurang daripada 200 ekor.
Beliau menjelaskan, di samping Arab Saudi, harimau bintang Arab dilaporkan turut terdapat di Yaman, Oman dan Emiriah Arab Bersatu, dan Arab Saudi mengambil inisiatif memelihara harimau itu yang kini berada di ambang kepupusan.
"Kami kini dalam peringkat memelihara harimau spesies ini daripada terus pupus, menjaga mereka agar tidak menjadi mangsa kegiatan pemburuan haram", tambahnya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Arab Saudi
#Hari Harimau Bintang Arab Antarabangsa
#Duta Arab Saudi ke Malaysia
#Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim
#brisk walking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan