awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan bekerjasama dengan Kelab Putera bawa balik mangsa culik - Wisma Putra

Bernama
Bernama
28/03/2017
03:43 MYT
Kedutaan bekerjasama dengan Kelab Putera bawa balik mangsa culik - Wisma Putra
Hariyanti Amsi, 31, bersama anaknya Nur Ain Sofia, 3, membuat panggilan bagi berkongsi berita gembira mengenai pembebasan suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 18 Julai lepas. - Foto BERNAMA
Kementerian Luar telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Filipina untuk bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia bagi membawa balik tiga lagi mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan oleh pihak keselamatan Filipina.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar mengesahkan Jumadil Rahim, 24; Mohd Ridzuan Ismail, 33 dan Fandy Bakran, 27 diselamatkan menerusi operasi 'Full Force Military' di Punay (Poblacion) Panglima Estino, Sulu tengah malam Ahad.
Ketiga-tiga mereka dihantar ke pusat perubatan tempatan di Filipina bagi pemeriksaan kesihatan lanjut, demikian menurut kenyataan itu.
Malaysia turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Filipina atas usaha menyelamatkan mangsa culik terbabit.
Tiga nelayan berkenaan merupakan antara lima rakyat Malaysia kru kapal tunda Serudong 3 yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai tahun lalu.
BACA: Tiga mangsa culik warganegara Malaysia diselamatkan di Filipina
Pada Khamis lalu, Abdul Rahim Summas, 63 dan Tayudin Anjut, 45 telah diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di perairan Pulau Pata di Sulu.
Abdul Rahim dan Tayudin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada Ahad malam dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#KP1M
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan