Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menjalankan siasatan ke atas kes seorang pelajar Malaysia yang cedera terkena serpihan besi dipercayai percikan daripada peluru sesat di sekitar Masjid Salam, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

Ketika dihubungi Astro AWANI, seorang wakil kedutaan berkata mereka masih tidak dapat menghubungi mangsa dan sedang menyiasat kejadian sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menurut laman Facebook Kelab IKRAMMesir, Usuluddin Al-Azhar dikatakan cedera dalam satu rempuhan polis Kudeta.

“Mangsa, 27 telah pun mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka. IKRAM Mesir telah memaklumkan pada pihak kedutaan. Semua mahasiswa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir,” kata Pengerusi IKRAM Mesir Cawangan Kaherah Fakhrur Radzi bin Ahmad Fuad menerusi Facebook.