awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2021
23:35 MYT
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
FARAH ANN: Saya melalui fisioterapi untuk memastikan badan saya dalam keadaan terbaik. - Foto Astro ARENA
RATU gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi, menolak menyertai Piala Cabaran Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) di Kaherah, Mesir, sungguhpun boleh menjadi medan pemanas badan sebelum ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Salah satu sebabnya kerana kesuntukan masa.
"Kalau saya balik (ke Malaysia), perlu dikuarantin dua minggu. Walaupun (akan ditempatkan di pusat kuarantin) Kampung Pandan tapi saya tidak akan mempunyai pelatih di sana.
"Ia akan menjejaskan persiapan saya ke Sukan Olimpik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian, semalam.
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.
"Kami akan membuat persembahan ujian yang menggunakan peranti yang akan diadili pengadil dari Malaysia sahaja.
"Persiapan saya sangat bagus di sebalik mengalami kecederaan ringan.
"Tetapi semuanya dalam keadaan bagus kerana saya melalui fisioterapi untuk memastikan badan saya dalam keadaan terbaik."
Topic Berkaitan
#Farah Ann Abdul Hadi
#Piala Cabaran Persekutuan Gimnastik Antarabangsa
#FIG
#Mesir
#Olimpik
#Tokyo
#Olimpik Tokyo 2020
#kuarantin
#pelatih
#Kaherah
#rutin latihan
#kecederaan ringan
#latihan
#Simulasi
#fisioterapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan