KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata pada masa ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sekolah yang telah mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 Nov ini.
"Dalam konteks ini, kita tidak buat keputusan secara semberono nak bawa masuk mana-mana kumpulan (ke sekolah) sehinggalah kita duduk berbincang dengan KKM, MKN dengan mengambil kira keadaan semasa. Sekiranya keadaan mengizinkan maka akan ada lagi kumpulan lain mungkin akan dimasukkan tanpa penggiliran.
"Namun ia tertakluk kepada kajian dan analisis sedang dilaksanakan pihak kementerian. Sebaiknya memanglah kita di pihak kementerian tak nak ada penggiliran, namun keadaan pada waktu ini memerlukan untuk diadakan penggiliran sehinggalah sampai satu ketika kita bincang dengan KKM rasa lebih selamat, insya-Allah kita buat tanpa penggiliran bila sampai masanya," katanya.
Radzi berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Yayasan Didik Negara oleh Farm Fresh Milk Sdn Bhd di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan pembukaan sekolah, beliau berkata secara keseluruhan ia berjalan lancar dan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Jika kita lihat secara keseluruhannya, ia satu perancangan yang cukup teliti. Kita buka (sekolah) sedikit demi sedikit bagi memastikan kita dapat memantau keadaan supaya garis panduan yang telah ditetapkan itu dapat dipatuhi dengan baik.
"Alhamdulillah jika kita lihat sehingga hari ini dengan kemasukan terbaharu lebih 1.3 juta murid segalanya berjalan dengan teratur dan selamat," katanya.
Menurutnya setakat ini tidak ada perkara berbangkit berkaitan pembukaan sekolah dan melihat kepada jumlah kehadiran yang baik di sekolah serta pengoperasian pada waktu ini, beliau yakin ia akan memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Menurut Radzi, secara keseluruhan pembukaan sekolah berjalan lancar dan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).- Gambar fail/BERNAMA
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.
Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.
Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.
Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.
Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).